Meriam anti-kereta kebal Pertempuran_anti-kereta_kebal

Meriam anti kereta kebal 45-mm Soviet (versi 1942)

Meriam anti-kereta kebal direka bagi memusnahkan kenderaan berperisai. Agar mampu merobek perisai kereta kebal dan kenderaan berperisai yang lain ia menembak peluru dengan kelajuan tinggi.

Sebelum Perang Dunia Kedua, meriam anti-kereta kebal agak kecil, dengan kebanyakannya rifle anti-kereta kebal digunakan bagi memusnahkan kereta kebal. Hanya sedikit mempunyai kaliber melebihi 50 mm. Dengan peningkatan pesat pada perisai kereta kebal dan meriam, meriam anti-kereta kebal turut meningkat dari segi kaliber, menembak peluru lebih besar pada kepantasan lebih tinggi. Salah satu yang paling meluas dan paling berjaya adalah meriam 88 mm Jerman, yang pada asalnya dimajukan sebagai meriam anti-pesawat tetapi kemudiannya didapati digunakan secara meluas sebagai pemusnah kereta kebal. Sama juga, menjelang hujung perperangan, kedua belah pihak menggunakan meriam dengan diameter 90 mm dan keatas.

Perang Dunia Kedua turut menyaksikan pemasangan meriam kereta kebal pada kerangka kenderaan, kadang-kala berperisai, sebagai gantian murah kepada kereta kebal lengkap. Sesetengah darinya mempunyai perumah terbuka, sementara yang lain tidak memiliki perumah berputar sama sekali, bererti keseluruhan kenderaan perlu dipusingkan bagi mensasar meriam. Pihak Amerika mengelar kenderaan sedemikian sebagai pemusnah kereta kebal.

Meriam anti-kereta kebal PaK 38 50-mm Jerman.

Pada permulaan Perang Dunia II kebanyakan persenjataan ini masih beroperasi, bersama meriam ringan generasi baru yang digunakan yang hampir menyerupai padanan Perang Dunia I mereka. Dalam pertempuran kedua-duanya terbukti tidak berguna terhadap kereta kebal berperisai yang lebih besar dan lebih baik yang dihadapi mereka. Sebagai contoh, tentera Jerman telah memperkenalkan meriam ringan baru, 37-mm, yang digelar penggunanya sebagai "pengetuk pintu berperisai" kerana apa yang hanya dilakukannya adalah mengumumkan kehadirannya.

Kesemua pihak bertempur memperkenalkan meriam yang lebih baru dan lebih berkuasa dengan cepat, dan rifle anti-kereta kebal kebanyakannya lenyap menjelang 1942. Meriam "biasa" menjelang 1943 merupakan 50 mm atau lebih besar, pihak Jerman mempunyai rekabentuk meriam dengan pecutan laju 50-mm, sementara pihak British memperkenalkan meriam "6-paun" yang turut digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sebagai 57 mm. Setahun kemudian, saiz meriam semakin meningkat disebabkan tekanan pada Barisan Timur (Eastern Front), meriam Jerman kini 75 mm dan 88 mm yang terkenal. Tentera Merah Soviet menggunakan pelbagai meriam kegunaan umum 100-mm dan 122-mm. British 17 paun adalah lebih kecil pada 77 mm tetapi meluncurkan peluru perobek perisainya pada kelajuan tinggi.

Merian anti-kereta kebal Jerman PaK 40 75-mm.

Ketika meriam semakin besar ia semakin sukar digerakkan, menjadikan meriam anti-kereta kebal kurang berkesan semasa menyerang berbanding bertahan. Ini memberi dorongan kepada pembangunan pemusnah kereta kebal, kenderaan berperisai yang meninggalkan keupayaan ketahanan kereta kebal (dalam kes Jerman) atau sebahagian perlindungan bagi keupayaan anti-kereta kebal yang lebih berkesan.

Menjelang akhir perperangan, konsep meriam anti-kereta kebal yang khusus telah ditinggalkan sepenuhnya, disebabkan saiz meriam begitu besar sehinggakan ia hampir tidak mampu digerakkan.

Meriam 17 paun British.